Temp files

. Posted in Announcement

dato

 

YBHG.PROF. DATO’ WIRA DR. MOHD SALLEH HJ. DIN

PENGARAH

 

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersilan & Pengurusan Harta Intelek (E-CIP) ditubuhkan selepas pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  pada tahun 2010. Objektif pelancaran dasar ini adalah sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam melahirkan graduan usahawan. Dasar berkenaan mempunyai enam teras strategik, termasuk menubuhkan pusat keusahawanan di setiap Institut Pengajian Tinggi untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan keusahawanan. E-CIP telah berjaya mendapat peruntukan berjumlah RM 360,000.00 daripada pihak  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjalankan aktiiviti-aktiviti  pembangunan keusahawanan yang dibuka kepada semua pelajar IPTA di Malaysia . Aktiviti – aktiviti ini mampu memberikan impak yang tinggi terhadap pembangunan keusahawanan pelajar yang  dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemiikiran, atribut serta nilai-nilai keusahawanan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Universiti Malaysia Perlis yang telah memberikan kerjasama kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersilan & Pengurusan Harta Intelek (E-CIP)  semasa penganjuran program-program keusahawanan, pengkomersilan dan harta intelek.

 

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak luar seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MTDC, MOSTI, MyIPO, AKEPT, FAMA, KEDA, SME Corp. , Agro Bank  dan lain-lain agensi luar yang telah memberi sokongan padu  dalam perkongsian ilmu kepakaran dan jaringan kerjasama   dalam menjayakan dan mempertingkatkan keberkesanan tanggungjawab yang diberi oleh UniMAP.

 

 

Adalah menjadi harapan saya agar keprihatinan dan kerjasama ini diteruskan supaya kita sama-sama mencapai matlamat memantapkan dan memperkukuhkan tadbir urus E-CIP serta memperkemaskan lagi mutu dan keberkesanan aktiviti-aktiviti anjuran E-CIP bagi memenuhi keperluan dan kehendak stakeholders dan  pelanggan.

 

Sekian,

Terima kasih. 

Saturday - Week 46 1 8 Nov. Odelia 0New Moon
  • http://www.qsapple.org/12thqsapple/
  • https://www.facebook.com/UniversitiMalaysiaPerlis
  • http://gesc.unimap.edu.my/
Bil.Akaun emelPemilik akaun emel1pa_nc@unimap.edu....
 YBHG.PROF. DATO’ WIRA DR. MOHD SALLEH HJ. ...
TOP